Kuda perlu dipakaikan ladam sebaik berusia empat tahun dan pada usia itu kebanyakan memakai ladam bersaiz 00 SENI meladam kuda bukanlah baru di Malaysia. Sejak zaman kolonial lagi, seni itu sudah diperkenalkan, tetapi kebanyakan tukang ladam membabitkan warga asing. Mereka datang sesekali ke kelab lumba kuda untuk memasang ladam dan memeriksa kesihatan tapak kaki kuda. Berikutan kerumitan menggunakan khidmat tukang ladam asing, akhirnya Majlis Ekuine Malaysia dengan kerjasama Institut TAFE Brisbane, Australia melatih anak Malaysia sebagai tukang ladam.
Sarjan Zulfakar Mohd Derus, 42, antara perintis awal tukang ladam dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dia yang berkhidmat di Unit Berkuda DBKL, menjadi tukang ladam sejak 1990. Lulusan Institut Kemahiran Mara (IKM) ini mendapat latihan meladam kuda di Perth, Australia selain kursus singkat yang dikendalikan tukang ladam (master farrier) dari Australia. Namun, anak kelahiran Port Dickson ini dengan merendah diri berkata, dia masih belum boleh diiktiraf sebagai tukang ladam yang mahir. Setakat ini, kedudukannya hanya pada tahap ketiga manakala untuk menjadi atau bergelar ‘master farrier’, seorang tukang ladam mesti berada pada tahap lima.
Sebelum ladam dipasang, kuku kuda diasah terlebih dahulu.
Zulfakar berkata, seni meladam kuda adalah mudah jika mempunyai minat dan kesungguhan. Walaupun tidak ramai yang tahu mengenai kerjaya sebagai tukang ladam, minat terhadap kuda yang semakin bercambah di kalangan rakyat negara ini yang tidak seiring dengan jumlah tukang ladam mahir, memungkinkan ia menjadi satu perniagaan yang menguntungkan jika bijak mengambil peluang. “Tukang ladam adalah kemahiran yang istimewa. Mungkin awak kata ia seni, tapi pada saya ia kemahiran. Ia membabitkan kerja merapikan kuku kuda, memastikan keseimbangan kakinya, membuat dan memastikan kuda memakai ladam yang betul malah dalam kes tertentu mungkin memulihkan kaki kuda yang cedera atau terkena penyakit,” katanya. Beliau berkata, kuda perlu dipakaikan ladam sebaik berusia empat tahun. Pada usia itu kebanyakan kuda memakai ladam bersaiz 00. Namun, seiring peningkatan usia, ladam akan berubah saiz mungkin mencecah saiz enam atau tujuh. Malah, ada juga kuda yang memerlukan ladam bersaiz sembilan. “Kalau saiz biasa, kebanyakan ladam dibeli dari Itali. Tapi kalau sudah sampai saiz sembilan, sebagai tukang ladam saya akan membuatnya sendiri,” katanya.
Memakai ladam dibuat dengan teliti bagi mengelak terpaku isi.
Sebagai tukang ladam terlatih, Zulfakar boleh mengagak saiz ladam yang diperlukan dengan sekali imbasan. Dengan penukul dan penyepit, besi panjang akan dibakar dan diketuk membulat membentuk huruf U. Ladam yang panas akan ditekap ke tapak kaki kuda. Bau terbakar dan bau asap bersatu, mengapung di udara. Zulfakar berkata, untuk memasang ladam, ia memerlukan tukang ladam yang mahir untuk membuatnya bagi memastikan kuda tidak berasa sakit. Seperti manusia memerlukan kasut, kuda memerlukan ladam sebagai perlindungan. Apatah lagi kuku kuda tumbuh sekitar suku inci setiap bulan dan perlu dirapi bagi mengelak ia patah. Zulfakar berkata, ladam biasanya dibuat daripada besi campuran kerana ia lebih lembut. Namun, ada juga ladam yang diperbuat daripada besi dan aluminium. Selalunya ladam besi diperlukan untuk kuda yang terbabit dengan sukan polo dan ‘show jumping’ manakala ladam aluminium yang lebih ringan digunakan dalam sukan lumba kuda. Ladam dapat mengelakkan kuku kuda pecah atau retak, iaitu masalah biasa yang akan terjadi kerana kerap berjalan dan membawa beban. Ladam juga boleh mengelakkan luka pada tapak kakinya. Kuku kuda yang tidak rapi penjagaan boleh menjejaskan kesihatan kakinya sekali gus menyebabkan pergerakannya terbatas dan mungkin menjadi tempang. “Kuda di Unit Berkuda DBKL misalnya bukan saja membuat rondaan sebaliknya turut melakukan aktiviti pertunjukan. Oleh itu kuku kakinya mesti dilindungi. Ladam juga membantu kuda berjalan dengan lenggang lenggok,” katanya. Ada kalanya, kuda mengalami masalah kuku dan ladam diperlukan bagi membantu ia kembali berjalan dengan betul. Malah, kebanyakan masalah kaki kuda boleh dirawat dengan memakai ladam khas yang dinamakan ‘ladam pembetulan’. Zulfakar berkata, seperti juga kuku manusia, kuku kuda perlu dirapikan sebulan sekali. Ketika itu, keadaan ladam akan diperiksa dan ditukar jika perlu. Kuda yang melakukan banyak aktiviti, ladamnya perlu kerap ditukarkan. Menukar ladam sebulan sekali juga dapat memastikan kedudukan kuku kuda itu betul dan mengelak ia tumbuh panjang dan tidak seimbang sekali gus menjejaskan pergerakan. Namun, bukan semua kuda memerlukan ladam. Kuda liar misalnya tidak berladam kerana tidak membawa beban. Kuda yang tidak bekerja juga tidak memerlukan ladam, tetapi kukunya perlu dirapikan. Ladam tidak diperlukan jika kuda tidak berjalan atas permukaan seperti jalan raya atau lain permukaan keras buatan manusia. “Penjagaan kuku dan luka pada kaki kuda amat penting. Ia mesti dijaga rapi oleh doktor haiwan dan tukang ladam. Jika dibiarkan ia mungkin sukar dipulihkan,” katanya. Beliau berkata, ada juga kuda yang tidak mahu ladam dipasang di kakinya. Biasanya, jika kakinya diangkat, kuda itu akan menekan kakinya ke bawah. “Kuda seperti itu biasanya kuda muda, dalam lingkungan usia empat atau lima tahun. Kuda ini biasanya ‘manja’ dan ‘nakal’. Pujuk baik-baik, gosok sikit, ia akan beri kerjasama,” katanya. Zulfakar berkata, untuk memasang ladam kuda, perlu berani dan yakin kerana kuda biasanya boleh tahu jika tukang ladam takut. Kuda akan bertindak ‘membuli’ tukang ladam sehingga menyukarkan ladam dipasang. Di Unit Berkuda DBKL, ada 53 ekor kuda yang digunakan untuk meronda taman rekreasi sekitar Kuala Lumpur dan sukan endurance. Dalam sehari, seekor atau dua ekor kuda saja memerlukan pembaikan pada ladam atau dipasangkan ladam. Bagaimanapun, jumlah kuda yang perlukan perhatian tukang ladam akan bertambah menjadi enam hingga tujuh ekor sehari menjelang sambutan Hari Kemerdekaan atau sambutan hari-hari keraian lain. Justeru, jadual harian Zulfakar dan tiga lagi tukang ladam DBKL bertambah sibuk. Namun, berdasarkan kemahiran yang diperoleh selama hampir 19 tahun, Zulfakar boleh memasang empat ladam dalam masa 45 minit saja. Malah, dalam pertandingan ‘eagle eye’ (pertandingan membuat ladam dengan hanya sekali imbasan yang sering diselitkan dalam pertunjukan kuda antarabangsa) Zulfakar mampu menyiapkannya dalam masa kurang 30 minit. Sejarah Tukang ladam Sejarah awal mengenai ladam kuda ditemui di Britain. Artifak itu menunjukkan orang Roman melindungi tapak kaki kuda mereka dengan balutan kulit dan besi yang dinamakan ‘hipposandals’. Dari situ, ladam mengalami evolusinya sendiri. Dalam kebanyakan budaya Eropah, ladam kuda dilihat sebagai tanda bernasib baik. Justeru bentuk, kedudukannya dititikberatkan. Selalunya ladam digantung di pintu seperti huruf U, kononnya untuk mengamit nasib baik. Jika ia digantung seperti huruf n, nasib kurang baik pula yang datang. Apapun kepercayaan, ladam sebenarnya memang membantu kuda daripada mengalami keretakan atau kerosakan lain pada kaki. Namun, kerana budaya berkuda bukan sebahagian kehidupan awal orang Malaysia, tiada mitos mengenai ladam kuda yang diketahui ramai. Seni meladam kuda diperkenalkan di Malaysia oleh British 100 tahun lalu. Ketika itu, kebanyakan tukang ladam adalah warga asing. Malah, sebelum 1996, tiada tukang ladam yang terdidik di Malaysia. Kebanyakan yang bekerja di kelab lumba kuda membabitkan warga asing dan selalunya kemahiran mereka diwarisi daripada bapa kepada anak. Namun, kerana minat masyarakat Malaysia terhadap kuda yang semakin bercambah, peranan tukang ladam sangat besar. Tanpa ladam dan kemahiran yang betul, sukan berkuda tidak mungkin berkembang di Malaysia. Info Tukang ladam
Tukang ladam mula berada di Tanah Melayu sejak zaman penjajahan British.
Namun, kebanyakan tukang ladam berasal dari Eropah
Kebanyakan ladam yang digunakan untuk kuda yang membuat rondaan adalah ladam daripada jenis besi campur
Ladam besi digunakan untuk kuda yang terlibat dengan sukan polo dan 'show jumping'.
Ladam aluminium yang lebih ringan digunakan dalam sukan lumba kuda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan